KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat 93.8 kilogram dianggarkan bernilai RM3.1 juta dalam serbuan di Batu Caves, Ahad lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan siasatan awal terhadap masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga Indonesia yang ditahan, mereka merupakan transporter atau penghantar bagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
"Kami dapati dadah ini diambil dari negara jiran di utara tanah air dan akan diseludup keluar untuk dipasarkan ke Indonesia, dan dikesan bergerak aktif sejak Januari lepas.
"Selain dadah, polis turut merampas tiga kenderaan dan wang tunai sebanyak RM500 dengan jumlah keseluruhan rampasan RM3.22 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.
Beliau berkata serbuan pada 9.35 malam itu merupakan hasil maklumat awam yang mencurigai tindakan lelaki tempatan berumur 34 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik kenderaan.
Hussein berkata penangkapan lelaki terbabit membawa kepada penemuan sebuah kereta Nissan Almera yang diletakkan di kawasan berhampiran dan menjumpai dadah yang diletakkan di dalam empat beg kanvas dan satu guni putih di tempat duduk belakang dan bonet.
Beliau berkata susulan penemuan itu, lelaki berkenaan membawa anggota ke sebuah kondominium berhampiran dan berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 42 tahun.
Menurut Hussein, lelaki tempatan terbabit mempunyai tiga kes lampau membabitkan jenayah dan dadah.
"Kedua-dua mereka direman hingga 22 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dan menambah polis sedang mengesan saki-baki individu yang terlibat dalam sindiket itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek merupakan 'transporter' atau penghantar bagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa. - Gambar fail
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
[TERKINI] Donald Trump didapati bersalah atas 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan
Donald Trump disabit kesalahan memalsukan rekod perniagaan. Hukuman ditetapkan 11 Julai, dengan bekas Presiden AS ini berdepan penjara atau denda.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
UTM akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti AI pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Polis menahan dua lelaki di Kampung KL Tin, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sejak Disember tahun lepas.
'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik
Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.
Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa
Sebelas anggota sindiket dadah terbesar di Sabah, termasuk ketuanya yang dikatakan seorang bergelar Datuk dijangka dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu.
Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu bernilai RM1 juta di Semporna
Polis menggagalkan cubaan tiga lelaki untuk menyeludup keluar lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Jeti Umum Semporna, pada 3 Jan lepas.
Sindiket dadah: Polis Sri Lanka berkas lebih 14,000 individu
Seorang jurucakap polis pada Isnin berkata operasi itu telah berlangsung selama seminggu.
Polis tahan dua 'transporter', rampas dadah RM3.1 juta
Polis menahan dua individu dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat 93.8 kilogram dianggarkan bernilai RM3.1 juta dalam serbuan di Batu Caves, Ahad lepas.
Ditahan miliki dadah RM2.7 juta, lelaki cuba sogok RM100,000
Seorang lelaki cuba menyogok anggota polis sebanyak RM100,000 untuk mengelak daripada ditahan selepas penemuan dadah jenis ketamin bernilai RM2.7 juta.
Kastam tumpas cubaan seludup 150 kg ganja lebiih RM600,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menumpaskan cubaan menyeludup masuk 150 kilogram (kg) dadah jenis ganja dengan nilai pasaran dianggar berjumlah RM649,300 pada Rabu lepas.
Polis bongkar makmal proses heroin, rampas dadah RM5.78 juta
Taktik sindiket menjadikan sebuah kondominium mewah di Tanjong Tokong Pulau Pinang sebagai makmal memproses dadah jenis heroin terbongkar selepas diserbu polis, pada Rabu dan Khamis lepas.
Polis serbu kondo mewah, rampas dadah RM655,000
Taktik seorang lelaki yang menjadikan dua kondominium mewah di Cheras dan Semenyih, sebagai tempat penyimpanan dadah terbongkar selepas diserbu polis, pada Khamis.